Nadi SK Kampung Raja 2010

Monday, August 31, 2009

Sejarah Kemerdekaan Malaysia


Kemerdekaan yang dikecapi bermakna kita bebas bukan sekadar daripada penjajahan fizikal malahan mencakupi spiritual dan mental. Erti kemerdekaan yang dinikmati ialah membebaskan diri daripada cengkaman kuasa asing seterusnya berusaha bangkit sebagai bangsa bermaruah. Kekuatan politik untuk memperolehi kemerdekaan perlu didokong oleh penguasaan ilmu pengetahuan untuk mempercepatkan proses pembangunan negara.

Menyorot kembali perjuangan kemerdekaan bangsa Melayu sejak 1511 hingga ke Perang Dunia Kedua 1941-1945, negara ini telah mengalami 3 peringkat perjuangan. Peringkat pertama, secara militan atau gerila, perjuangan pondok yang dipelopori oleh golongan ulama dan kemudian golongan nasionalisma yang berjuang melalui mata pena. Ketiga-tiga kategori perjuangan ini berjalan berasingan sehinggalah pada cadangan untuk mengadakan Kongres Melayu pertama pada 1-4 Mac 1946 diadakan dan menyatukan ketiga-tiga kategori perjuangan ini dengan lebih tersusun dan teratur. Terbentuknya UMNO semasa persidangan tersebut telah memantapkan lagi perjuangan ke arah menuntut kemerdekaan negara.
Menjadi tanggungjawab rakyat generasi baru hari ini untuk mengenang dan menghayati erti kemerdekaan. Tugas kita pada hari ini adalah memenuhi dada dengan ilmu pengetahuan agar kemerdekaan yang dimiliki dapat dipertahankan dan dikekalkan. Tanpa ilmu pengetahuan, kemerdekaan yang baru sahaja diperolehi amat rapuh.

Rakyat perlu bersedia menghadapi pelbagai cabaran untuk memperkasakan bangsa yang merdeka. Sementelah seluruh rakyat Malaysia telah melalui pelbagai cabaran getir, kemerdekaan perlu dihayati dan diisi dengan memelihara kekuatan politik, ekonomi, sosial, agama, bahasa, budaya dan seni warisan bangsa. Segala jurang pembangunan, ekonomi dan sosial di kalangan kaum perlu dirapatkan dan diperkukuhkan agar saling menikmati erti kemerdekaan. Perpaduan yang terbina semenjak usaha memperolehi kemerdekaan perlu diteruskan dan disemai supaya rakyat menjadi semakin kukuh.

Bumi bertuah ini telah melahirkan ramai pemimpin berkaliber ketika negara bergelut dengan pelbagai masalah seperti kemiskinan, taraf pendidikan yang rendah, perpaduan kaum bahkan ancaman komunis ketika Darurat yang diisytiharkan sejak 1948 lagi. Dengan memperkenalkan Dasar Ekonomi Baru 1970-1990 (DEB), Rancangan Buku Hijau dan Buku Merah, rancangan mempertingkatkan penguasaan ekonomi penduduk bumiputera dan jurang perbezaaan antara kaum dapat diharmonikan. Dasar pendidikan bermula dari Penyata Razak dan Rahman Talib hingga kini berjaya membebaskan diri rakyat daripada belenggu kejahilan kepada masyarakat moden.
Beberapa dasar negara telah diperkenalkan seperti Dasar Pandang ke Timur, Dasar Perindustrian, Dasar Pensyarikatan dan Wawasan 2020 telah menjadikan Malaysia negara maju. Kemerdekaan menjadikan kita bangsa yang merdeka dan berdaulat serta bebas menyusun hala tuju sendiri. Kita bebas dari sudut ekonomi, politik, ketenteraan, budaya dan agama. Bebas dalam erti kata mengikut acuan dan kemahuan kita untuk membentuk jati diri bangsa Malaysia yang berdaulat.

Menyelami erti kemerdekaan dengan menyusuri lembaran sejarah bangsa akan menyedarkan seluruh rakyat betapa perjuangan kemerdekaan tidak pernah terhenti. Seharusnya kegemilangan ini menjadi pemangkin kepada generasi baru negara untuk meneruskan kecemerlangan yang telah dicapai. Pengorbanan generasi terdahulu perlu menjadi inspirasi untuk kita terus berusaha gigih menjadi bangsa yang maju dan moden.

Sambutan Hari Merdeka 2009 kali ini akan berlangsung dalam bulan Ramadhan dan akan diadakan di Stadium Nasional Bukit Jalil. Difahamkan ini adalah pertama kalinya sambutan kemerdekaan peringkat kebangsaan di dalam stadium. Tema hari kemerdekaan ke 52 ialah 1 Malaysia, Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan.

Logo Sambutan Kemerdekaan 2009; 1 Malaysia

Logo berbentuk nombor satu dan berlatarbelakangkan Jalur Gemilang
Tema Hari Kemerdekaan 2009 Ke 52

dipetik dari : SeButiR mUtiaRa
Salam Ramadhan Al-Mubarak
Ganjaran yang diberikan kepada muslimin dan muslimat yang mengerjakan amalan di bulan Ramadhan ini. Renung-renungkan...

Align Center

Thursday, August 20, 2009

Terima Kasih Cikgu Syikin..
Meh makan nasi dagang brinchang.kak syikin belanja wow..erm...sedapnye.tq kak syikin.nanti boleh la belanja lagi ye.




Nasi dagang berlauk ikan tongkol.

Tuesday, August 18, 2009

Diari SKKR...
Guru-guru yang pernah berkhidmat di SK Kampung Raja 2009. Semoga sentiasa dalam ingatan..selalu lah berhubung melalui blog ni ye.

Image and video hosting by TinyPic

Thursday, August 13, 2009

Jasamu tetap dikenang.....
Majlis perpisahan Cikgu Azimi(jimi), Rahazlin(joe) dan Ustaz Shaifollah yang terpaksa kembali bertugas ke sekolah asal mereka...kami di sini sentiasa mendoakan kejayaan dan kebahagiaanmu. Sudi-sudilah datang ke SK Kampung Raja lagi...Mari makan nasi lemak tok iman sama2.


Ucapan daripada Boss Skkr..Pn Ruziah



Kata-kata terakhir daripada guru yang akan bertukar.


Gambar kenangan bersama guru-guru Sk Kampung Raja. Antara guru-guru yang menubuhkan sekolah ini.
Barisan hadapan dari kiri : din, shapik, azian, due, hamzah
Tengah dari kiri : joe, ustaz saipol, jimi
Berdiri dari kiri : kak syikin, nurul, kak aishah, pn zuriati, pn ruziah (gb), kak ani, lia, zue
Tiada dalam gambar : zeck (kursus data di KL)

Tuesday, August 11, 2009

MENCEGAH LEBIH BAIK DARIPADA MENGUBATI...

Pemeriksaan dan ceramah oleh pihak Hospital Sultanah Hajjah Kalsom, Cameron Highlands tentang penyebaran virus Influenza A H1N1


Ceramah yang disampaikan oleh Dr. Loh

Ujian saringan yang dilakukan
AWAS INFLUENZA A H1N1!!!
SK Kampung Raja telah mengambil langkah berjaga-jaga untuk mengelak daripada virus influenza A H1N1 yang sedang menular secara berleluasa di seluruh dunia sekarang...

Penggunaan Mask dapat mencegah daripada virus bahaya ini...

Wednesday, August 5, 2009

Jom tengok video poco-poco.

video
Semua murid dan guru menunjukkan bakat masing-masing dalam tarian poco-poco dan chicken dance

Saturday, August 1, 2009

Acara Penutup Bulan Kecergasan

Aktiviti penutup Bulan Kecergasan telah diadakan pada 29 Julai 2009 yang melibatkan perlawanan akhir Futsal dan Bola Jaring. Sebelum itu juga, telah diadakan Senamrobik, Poco-Poco dan Chicken Dance yang diketuai oleh Cik Zurnaini dan Jamaliah.




Guru besar turut turun padang menjayakan Bulan Kecergasan


Guru-guru yang mengetuai acara senamrobik



SK KAMPUNG RAJA © 2008 Template by:
SkinCorner